dengan jamung masih di tangan
pembakar jambatan berteriak kecemasan
melihat addin berligar di halaman.
pembakar jambatan sedang bersedia
membakar pintu istana.
ZIZIE ALI
22.3.2000
LONGGOK PUISI ZIZIE ALI 1 merupakan longgokan sajak awal karya Zizie Ali. Kebanyakannya pernah tersiar dalam beberapa e-group seperti 'Kelab Maya Sastera Malaysia' dan 'Penyair'. Sebahagian kecilnya pernah tersiar dalam media cetak seperti 'Dewan Sastera' dan lain-lain. Sajak-sajak terkini Zizie Ali boleh dijejaki di LONGGOK PUISI ZIZIE ALI 2.
Khamis, 28 Jun 2007
PADI DAN NAFAS
dengan izinNya
sebutir padi
yang menggelupas
bisa menyambung
sehela nafas.
ZIZIE ALI
18.3.2000
sebutir padi
yang menggelupas
bisa menyambung
sehela nafas.
ZIZIE ALI
18.3.2000
PENYAIR DAN PEMBAKAR JAMBATAN
setelah berwacana sambil gelak ketawa
penyair dan pembakar jambatan
berfoto beramai sebagai kenangan
buat ditunjuk kepada taulan
lihat, seorang orang besar
tanpa basa basi bicara puisi.
pembakar jambatan melangkah pulang
di bahunya sekarung puisi
ole-ole dari para penyair
yang nantinya akan dibakar
bersama timbunan sampah
di halaman rumah.
ZIZIE ALI
17.3.2000
penyair dan pembakar jambatan
berfoto beramai sebagai kenangan
buat ditunjuk kepada taulan
lihat, seorang orang besar
tanpa basa basi bicara puisi.
pembakar jambatan melangkah pulang
di bahunya sekarung puisi
ole-ole dari para penyair
yang nantinya akan dibakar
bersama timbunan sampah
di halaman rumah.
ZIZIE ALI
17.3.2000
MAAFKAN AKU
bos,
maafkan aku
aku tidak membunuhnya
sebagaimana arahanmu.
aku hanya
melebamkan matanya.
ZIZIE ALI
16.3.2000
maafkan aku
aku tidak membunuhnya
sebagaimana arahanmu.
aku hanya
melebamkan matanya.
ZIZIE ALI
16.3.2000
NASIHAT SEORANG TOKOH
setiap kali tokoh itu
memberi nasihat
tentang jeleknya politik wang
juak-juaknya tersenyum simpul
dan hati mereka berbisik:
hipokrit.. hipokrit.. hipokrit..
ZIZIE ALI
14.3.2000
memberi nasihat
tentang jeleknya politik wang
juak-juaknya tersenyum simpul
dan hati mereka berbisik:
hipokrit.. hipokrit.. hipokrit..
ZIZIE ALI
14.3.2000
SEDULANG BUAH MUNAJAT
apa yang kau hidangkan
sedulang buah munajat
bukan sebarang tangan
bisa mengupas kulitnya
bukan sebarang mulut
bisa mengunyah isinya.
ZIZIE ALI
13.3.2000
sedulang buah munajat
bukan sebarang tangan
bisa mengupas kulitnya
bukan sebarang mulut
bisa mengunyah isinya.
ZIZIE ALI
13.3.2000
NAFAS KAMI
biasanya
nafas kami tersangkut di jendela
hanya sesekali
bergumpalan bersama.
ZIZIE ALI
13.3.2000
nafas kami tersangkut di jendela
hanya sesekali
bergumpalan bersama.
ZIZIE ALI
13.3.2000
F ADLI
malam tadi
aku didatangi seorang lelaki
janggutnya mencecah lutut
rambutnya hanya sejemput
katanya,"akulah f adli!"
lalu berlalu
menghilang di sebalik timbunan buku.
ZIZIE ALI
12.3.2000
aku didatangi seorang lelaki
janggutnya mencecah lutut
rambutnya hanya sejemput
katanya,"akulah f adli!"
lalu berlalu
menghilang di sebalik timbunan buku.
ZIZIE ALI
12.3.2000
NAFASMU
nafasmu berombak-ombak
di bawah daguku,
nafasku berombak-ombak
di atas rambutmu.
ZIZIE ALI
12.3.2000
di bawah daguku,
nafasku berombak-ombak
di atas rambutmu.
ZIZIE ALI
12.3.2000
ADIHA MENJENGUK KAMAR
usahlah tersipu-sipu
kamar ini hanya tempat persinggahan
kalau kau sudi bersilalah di tikar mengkuang
yang ku anyam saban malam.
kalau lelahmu telah hilang
berbicaralah kalau tidak keberatan
atau kalau kau ingin diam
diamlah, biar kita saling berpandangan.
ah, uncang di pundakmu nampak berat
letaklah, tuangkan isinya ke lantai
mungkin ada penawar yang kau bawa
buat mereda pedih luka.
adiha,
aku seperti juga musafir yang lalu
esok lusa mungkin berlalu pergi
dan tidak akan menjenguk lagi
kerana aku tahu
tanpaku
kamar ini masih tidak sepi.
ZIZIE ALI
11.3.2000
kamar ini hanya tempat persinggahan
kalau kau sudi bersilalah di tikar mengkuang
yang ku anyam saban malam.
kalau lelahmu telah hilang
berbicaralah kalau tidak keberatan
atau kalau kau ingin diam
diamlah, biar kita saling berpandangan.
ah, uncang di pundakmu nampak berat
letaklah, tuangkan isinya ke lantai
mungkin ada penawar yang kau bawa
buat mereda pedih luka.
adiha,
aku seperti juga musafir yang lalu
esok lusa mungkin berlalu pergi
dan tidak akan menjenguk lagi
kerana aku tahu
tanpaku
kamar ini masih tidak sepi.
ZIZIE ALI
11.3.2000
MENUNGGU JAWAPAN
selepas berbisik
tentang cinta martabat tinggi
aku menunggu jawapan
namun,
yang kedengaran
hanyalah sepi.
ZIZIE ALI
9.3.2000
tentang cinta martabat tinggi
aku menunggu jawapan
namun,
yang kedengaran
hanyalah sepi.
ZIZIE ALI
9.3.2000
PULANG DARI LEMBAH NIL
di tanah air kerja sudah sedia menanti
sebagai guru di sekolah tinggi
gajinya lebih dari mencukupi
menyara sekolah lima adiknya
dan mengganti gubuk usang
tempat memasang mimpi
di zaman kecilnya.
selang beberapa purnama
dia sudah bisa punya iswara
dan bapanya pun bersara
dari jawatannya
sebagai pemanjat kelapa.
magrib isyaknya dari masjid ke masjid
mencurah ilmu yang sarat di dada
kini, di daerah kami
kehadirannya sentiasa di nanti.
hingga kini
kuliahnya masih tentang taharah
tentang berbagai tahap hadas
tentang haid dan nifas.
khabarnya,
tika di lembah nil
dia pelajar penuh idealisme
bicaranya tentang nepotisme dan kronisme
pernah membakar
punggung dan kepala
hulubalang wisma putra.
ZIZIE ALI
9 MAC 2000
sebagai guru di sekolah tinggi
gajinya lebih dari mencukupi
menyara sekolah lima adiknya
dan mengganti gubuk usang
tempat memasang mimpi
di zaman kecilnya.
selang beberapa purnama
dia sudah bisa punya iswara
dan bapanya pun bersara
dari jawatannya
sebagai pemanjat kelapa.
magrib isyaknya dari masjid ke masjid
mencurah ilmu yang sarat di dada
kini, di daerah kami
kehadirannya sentiasa di nanti.
hingga kini
kuliahnya masih tentang taharah
tentang berbagai tahap hadas
tentang haid dan nifas.
khabarnya,
tika di lembah nil
dia pelajar penuh idealisme
bicaranya tentang nepotisme dan kronisme
pernah membakar
punggung dan kepala
hulubalang wisma putra.
ZIZIE ALI
9 MAC 2000
TANGISAN BAYI
tangisan bayi yang memecah hening kamar
bagai laung keengganan
menjadi warga fana
yang bakal dicintainya.
ZIZIE ALI
5 Mac 2000
bagai laung keengganan
menjadi warga fana
yang bakal dicintainya.
ZIZIE ALI
5 Mac 2000
MEMERAH KELAPA
ibu memerah kelapa
mengutip patinya
menjadi kuah percik.
aku memerah realiti
mengutip patinya
menjadi puisi.
ZIZIE ALI
5 mac 2000
mengutip patinya
menjadi kuah percik.
aku memerah realiti
mengutip patinya
menjadi puisi.
ZIZIE ALI
5 mac 2000
SEBELUM SUBUH
terlalu banyak kenangan
terlau banyak harapan
debar dadaku kian kencang.
ZIZIE ALI
5 MAC 2000
terlau banyak harapan
debar dadaku kian kencang.
ZIZIE ALI
5 MAC 2000
Selasa, 19 Jun 2007
PEMANAH TANPA NAMA
kalianlah pahlawan berkuda
dengan pedang sumbing dan sangga berlubang
menghambur tanpa gemuruh tanpa walang
dan meskipun tiada kepala seteru diuncang
untuk di bawa pulang di hari pertemuan
cukuplah hanyir darah yang memercik di muka.
aku hanyalah pemanah tanpa nama
terhendap-hendap di balik bukit-bukit pejal
dan panahan pula kerap tersasar
namun yakinlah bahawa aku tidak akan kembali ke lembah
sebelum perang ini usai.
ZIZIE ALI
3 MAC 2000
dengan pedang sumbing dan sangga berlubang
menghambur tanpa gemuruh tanpa walang
dan meskipun tiada kepala seteru diuncang
untuk di bawa pulang di hari pertemuan
cukuplah hanyir darah yang memercik di muka.
aku hanyalah pemanah tanpa nama
terhendap-hendap di balik bukit-bukit pejal
dan panahan pula kerap tersasar
namun yakinlah bahawa aku tidak akan kembali ke lembah
sebelum perang ini usai.
ZIZIE ALI
3 MAC 2000
CITRA SEORANG JANDA
seorang duda lebih panjang langkahnya
dari seorang janda
yang tiap lenggang dan lenggok
di hitung laju atau pelannya
dan tepi kain luar dan dalam
sering dijaga orang.
ZIZIE ALI
3 mac 2000
dari seorang janda
yang tiap lenggang dan lenggok
di hitung laju atau pelannya
dan tepi kain luar dan dalam
sering dijaga orang.
ZIZIE ALI
3 mac 2000
KOTA AIR MATA
seorang "ulamak" muncul di kaca tivi
berbicara dia tentang kota ini
katanya dia teringatkan syurga
mengalir sungai-sungai di bawahnya
dari jutaan mata air.
aku terpegun
lalu sungai itu ku selusuri
namun mata air tidak ku temui
yang ku temui
jutaan mata rakyat jelata
berjuraian airnya.
ZIZIE ALI
2 MAC 2000
berbicara dia tentang kota ini
katanya dia teringatkan syurga
mengalir sungai-sungai di bawahnya
dari jutaan mata air.
aku terpegun
lalu sungai itu ku selusuri
namun mata air tidak ku temui
yang ku temui
jutaan mata rakyat jelata
berjuraian airnya.
ZIZIE ALI
2 MAC 2000
MEMBACA LEMBARAN 1998
pada 2020 dan selepasnya
anak cucuku membaca lembaran 1998
bagaimana mereka membaca
peristiwa-peristiwa berlalu
yang putih hari ini mungkin hitam hari itu
dan yang hitam hari ini mungkin putih hari itu
ZIZIE ALI
5 MAC 2000
anak cucuku membaca lembaran 1998
bagaimana mereka membaca
peristiwa-peristiwa berlalu
yang putih hari ini mungkin hitam hari itu
dan yang hitam hari ini mungkin putih hari itu
ZIZIE ALI
5 MAC 2000
PELARIAN SANG HERO
anggur yang melimpah di piala
adalah anugerah ketewasan
sebuah perjuangan di malam kelam
ayuh, lemparkan piala ke tembok kedayusan
muhasabah kembali gawang perjuangan
kemudian kembalilah ke gelanggang
dengan pekikan atau bisikan
lawan tetap lawan
ZIZIE ALI
3 MAC 2000
adalah anugerah ketewasan
sebuah perjuangan di malam kelam
ayuh, lemparkan piala ke tembok kedayusan
muhasabah kembali gawang perjuangan
kemudian kembalilah ke gelanggang
dengan pekikan atau bisikan
lawan tetap lawan
ZIZIE ALI
3 MAC 2000
KEBARUNG
kebarung yang membalut jasadmu
terlalu longgar
di mataku.
kebarung yang membalut jasadmu
terlalu sendat
di mata ulamak.
ZIZIE ALI
1.3.2000
terlalu longgar
di mataku.
kebarung yang membalut jasadmu
terlalu sendat
di mata ulamak.
ZIZIE ALI
1.3.2000
OMBAK DAN BUIH
kenalan siber
adalah ombak dan buih
yang mencecah kaki
tibanya tanpa diundang
perginya tanpa pamitan.
ZIZIE ALI
Feb 2000
adalah ombak dan buih
yang mencecah kaki
tibanya tanpa diundang
perginya tanpa pamitan.
ZIZIE ALI
Feb 2000
SIAMANG SEPI
berkunjung kembali ke daerah ini
lelaki itu menjadi siamang sepi
lantaran teman-teman yang sama bermain api
kini tiada lagi
kecapi sumbang yang dulu sering berkumandang
kini diganti seruan azan
lalu lelaki yang pulang menggalas seribu harapan
melangkah lagi
mungkin tak akan kembali
ZIZIE ALI
27.2.2000
lelaki itu menjadi siamang sepi
lantaran teman-teman yang sama bermain api
kini tiada lagi
kecapi sumbang yang dulu sering berkumandang
kini diganti seruan azan
lalu lelaki yang pulang menggalas seribu harapan
melangkah lagi
mungkin tak akan kembali
ZIZIE ALI
27.2.2000
ANGIN DARI GUNUNG
angin dari gunung
melewati perbukitan dan perlembahan
tiba di daerah kemungkaran
menjadi taufan
ZIZIE ALI
26.2.2000
melewati perbukitan dan perlembahan
tiba di daerah kemungkaran
menjadi taufan
ZIZIE ALI
26.2.2000
SEKADAR SEMPAT
kalau tak sempat menyapa
tersenyumlah
aku senang dengan senyumanmu
kalau tak sempat tersenyum
menjelinglah
aku senang dengan jelinganmu
ZIZIE ALI
26.2.2000
tersenyumlah
aku senang dengan senyumanmu
kalau tak sempat tersenyum
menjelinglah
aku senang dengan jelinganmu
ZIZIE ALI
26.2.2000
ELEGI SELIPAR CABUK
ketika aku bergurau
tentang selipar cabukmu
yang dicopot di tangga masjid
yang ku bayangkan
senyum manismu
kerana aku tidak pernah percaya
dengan gurauan beb
bahawa kau tak pernah tersenyum
kini ku yakini
tika itu
redhamu tepulah sudah
selipar cabukmu dan kasut ballyku
hanyalah wasilah
ke arah mardhotillah.
ZIZIE ALI
24.2.2000
tentang selipar cabukmu
yang dicopot di tangga masjid
yang ku bayangkan
senyum manismu
kerana aku tidak pernah percaya
dengan gurauan beb
bahawa kau tak pernah tersenyum
kini ku yakini
tika itu
redhamu tepulah sudah
selipar cabukmu dan kasut ballyku
hanyalah wasilah
ke arah mardhotillah.
ZIZIE ALI
24.2.2000
SERANGKAP PANTUN BUAT WANNOR:
wannor menyepi
setelah disapa cikgu isa;
muncullah kembali
bicara tentang syurga neraka.
ZIZIE ALI
Februari 2000
setelah disapa cikgu isa;
muncullah kembali
bicara tentang syurga neraka.
ZIZIE ALI
Februari 2000
PERCINTAAN USTAZAH SAPINAH
pulang dari sekolah
ustazah sapinah singgah di warung sabariah
ah, lihat itu
mata-mata liar menjeling
apa tidak
ustazah sapinah berkebarung sendat
gicu di bibir merah amat
tiba di rumah
usatazah sapinah tersandar di sofa
ah, letihnya nampak ketara
mungkin masih bertuala wanita
tiba-tiba
shahrukh khan melompat dari jendela
dan mereka berasmara
hingga lewat sore
ZIZIE ALI
Februari 2000
ustazah sapinah singgah di warung sabariah
ah, lihat itu
mata-mata liar menjeling
apa tidak
ustazah sapinah berkebarung sendat
gicu di bibir merah amat
tiba di rumah
usatazah sapinah tersandar di sofa
ah, letihnya nampak ketara
mungkin masih bertuala wanita
tiba-tiba
shahrukh khan melompat dari jendela
dan mereka berasmara
hingga lewat sore
ZIZIE ALI
Februari 2000
BIARKAN MERPATI TERBANG DI ANGKASA MAYA
biarkan merpati terbang di angkasa maya
melayah lahar gunung
atau sesekali
berjengket di gigi air.
biarkan merpati terbang di angkasa maya
kita antikkan sangkar kekuasaan
meskipun atas nama
maslahah kedamaian.
biarkan merpati terbang di angkasa maya
kerana warga kita telah dewasa
pasti akan ada sayap kejujuran
menabur mutiara kebenaran.
biarkan merpati terbang di angkasa maya
usah kita menjadi pemburu yang sadis
membidik tanpa kemanusiaan.
ZIZIE ALI
20 Februari 2000
melayah lahar gunung
atau sesekali
berjengket di gigi air.
biarkan merpati terbang di angkasa maya
kita antikkan sangkar kekuasaan
meskipun atas nama
maslahah kedamaian.
biarkan merpati terbang di angkasa maya
kerana warga kita telah dewasa
pasti akan ada sayap kejujuran
menabur mutiara kebenaran.
biarkan merpati terbang di angkasa maya
usah kita menjadi pemburu yang sadis
membidik tanpa kemanusiaan.
ZIZIE ALI
20 Februari 2000
NORA MARZUKI DAN IBUKU
ku beritahu ibuku
kata-kata nora marzuki,
"selagi kepalaku punya rambut
tidak akan ku sembunyikan ia
di balik kerudung".
ibuku
terkenal sopan bicara
namun kali ini
menyinga wajahnya,
"bilang sama itu nora majuki
selagi kemaluannya punya rambut
usah sembunyikan ia
di sebalik celana".
ZIZIE ALI
Februari 2000
KHATIB YANG BERTUGAS HARI INI
khatib yang bertugas hari ini
kebetulan
pernah semeja denganku
di sebuah warung,
aku masih ingat
dia yang banyak berbicara
dan aku yang banyak mendengar
aku yang banyak bertanya
dan dia yang banyak iktisar.
khatib yang bertugas hari ini
masih ku kenang
dengan kenangan yang manis,
lantaran dialah yang membayar
teh tarik dan roti canaiku
hari itu.
ZIZIE ALI
Jumaat
Februari 2000
kebetulan
pernah semeja denganku
di sebuah warung,
aku masih ingat
dia yang banyak berbicara
dan aku yang banyak mendengar
aku yang banyak bertanya
dan dia yang banyak iktisar.
khatib yang bertugas hari ini
masih ku kenang
dengan kenangan yang manis,
lantaran dialah yang membayar
teh tarik dan roti canaiku
hari itu.
ZIZIE ALI
Jumaat
Februari 2000
PEMIMPIN
lantaran kalian semua buta
aku yang hanya punya sebiji mata yang rabun
menjadi pemimpin.
ZIZIE ALI
16.2.2000
1:50 am
aku yang hanya punya sebiji mata yang rabun
menjadi pemimpin.
ZIZIE ALI
16.2.2000
1:50 am
NASI CAMPUR
aku memilih
tauhu tumis, sayur manis, dan telur dadar
katamu
pilihanku tidak harmoni.
kataku
rutin itu membosankan.
ZIZIE ALI
Februari 2000
tauhu tumis, sayur manis, dan telur dadar
katamu
pilihanku tidak harmoni.
kataku
rutin itu membosankan.
ZIZIE ALI
Februari 2000
GILLETTE 2
(sisipan)*
gillette
setajam riak
mencukur licin
pahala amalan.
*iklan ini tidak dibayar siarannya.
ZIZIE ALI
Februari 2000
gillette
setajam riak
mencukur licin
pahala amalan.
*iklan ini tidak dibayar siarannya.
ZIZIE ALI
Februari 2000
LELAKI YANG TENGGELAM 2
(Apologi buat Ramli)
lelaki yang tenggelam
di laut merah
timbul di bukit siguntang
menyihirkan padi menjadi emas
menyihirkan emas menjadi akidah.
ZIZIE ALI
Febrauri 2000
lelaki yang tenggelam
di laut merah
timbul di bukit siguntang
menyihirkan padi menjadi emas
menyihirkan emas menjadi akidah.
ZIZIE ALI
Febrauri 2000
GILLETTE
pelan-pelan
gillette yang di tangan
menyingkir rambut kekuasaan
di kepalamu
pelan-pelan
gillette yang di tangan
menyingkir rambut kemanusiaan
di dadamu
pelan-pelan
gillete yang di tangan
menyingkir rambut kehormatan
di ari-arimu.
ZIZIE ALI
Februari 2000
gillette yang di tangan
menyingkir rambut kekuasaan
di kepalamu
pelan-pelan
gillette yang di tangan
menyingkir rambut kemanusiaan
di dadamu
pelan-pelan
gillete yang di tangan
menyingkir rambut kehormatan
di ari-arimu.
ZIZIE ALI
Februari 2000
LELAKI YANG TENGGELAM
apakah lelaki yang tenggelam
di laut merah
timbul di selat melaka
merangkak ke putra jaya.
ZIZIE ALI
Februari 2000
di laut merah
timbul di selat melaka
merangkak ke putra jaya.
ZIZIE ALI
Februari 2000
Sabtu, 16 Jun 2007
KERELAAN SEPASANG KAKI
sahabat,
lelaki yang mencopot seliparmu
adalah lelaki paling bertimbang rasa
kerana
setelah kasut bally hadiah kekasihnya
dicopot orang
dia masih bisa tersenyum
dengan sepasang selipar cabuk.
ZIZIE ALI
2000
lelaki yang mencopot seliparmu
adalah lelaki paling bertimbang rasa
kerana
setelah kasut bally hadiah kekasihnya
dicopot orang
dia masih bisa tersenyum
dengan sepasang selipar cabuk.
ZIZIE ALI
2000
BELUM TENTU
tebarkan kail puisi
ke laut maya
lantaran kail kita
belum tentu panjang sejengkal.
ZIZIE ALI
2000
ke laut maya
lantaran kail kita
belum tentu panjang sejengkal.
ZIZIE ALI
2000
SEBELUM KE MASJID
menjengah sebentar
dalam kantung
ada ram, ada beb, ada f adli, ada wannor, ada...
lagi lima belas minit
muazzin akan mempamit
ah, perut pula berdangdut
kalau sempat singgah saja
mana-mana warung.
ZIZIE ALI
Jumaat
11.2.2000
dalam kantung
ada ram, ada beb, ada f adli, ada wannor, ada...
lagi lima belas minit
muazzin akan mempamit
ah, perut pula berdangdut
kalau sempat singgah saja
mana-mana warung.
ZIZIE ALI
Jumaat
11.2.2000
TUDUNG HASMAH
tudung hasmah
tersangkut di ekor cemara
pelan-pelan melurut ke bahu
suami hasmah tidak kisah
lantaran dia
seorang manusia resah
hanya punya waktu
fikir soal-soal penentu
seperti
gillete dan sadomi.
ZIZIE ALI
Februari 2000
tersangkut di ekor cemara
pelan-pelan melurut ke bahu
suami hasmah tidak kisah
lantaran dia
seorang manusia resah
hanya punya waktu
fikir soal-soal penentu
seperti
gillete dan sadomi.
ZIZIE ALI
Februari 2000
TUDUNG MASHITAH
tudung mashitah
biasanya berbunga-bunga kecil
cocok sekali dengan rautnya yang comel
mashitah masih diizinkan
muncul di papar tivi
kerana dia belum bicara
tentang hudud dan qisas
tentang jihad dan daulah
mashitah masih bicara
tentang firaun yang bersemadi
di usus piramid
dan bukan yang bersantai
di mahligai.
ZIZIE ALI
Februari 2000
biasanya berbunga-bunga kecil
cocok sekali dengan rautnya yang comel
mashitah masih diizinkan
muncul di papar tivi
kerana dia belum bicara
tentang hudud dan qisas
tentang jihad dan daulah
mashitah masih bicara
tentang firaun yang bersemadi
di usus piramid
dan bukan yang bersantai
di mahligai.
ZIZIE ALI
Februari 2000
Jumaat, 15 Jun 2007
MEMBASUH JEAN
akhirnya ku basuh jua
jean yang lusuh ini
yang berminggu membalut auratku
menyusuri kaki lima kosmopolitan
atau sesekali
mengutip pahit kehidupan
di lorong-lorong kelam.
lihatlah
hitam pekat air rendaman
adalah longgokan noda
yang bakal ku curahkan
ke longkang.
ZIZIE ALI
Februari 2000
jean yang lusuh ini
yang berminggu membalut auratku
menyusuri kaki lima kosmopolitan
atau sesekali
mengutip pahit kehidupan
di lorong-lorong kelam.
lihatlah
hitam pekat air rendaman
adalah longgokan noda
yang bakal ku curahkan
ke longkang.
ZIZIE ALI
Februari 2000
MANUSIA BERANI
yang berani
sebelum diuji:
manusia berani.
yang berani
selepas diuji:
manusia berani.
yang berani
sebelum dan selepas diuji:
manusia benar-benar berani.
ZIZIE ALI
Februari 2000
sebelum diuji:
manusia berani.
yang berani
selepas diuji:
manusia berani.
yang berani
sebelum dan selepas diuji:
manusia benar-benar berani.
ZIZIE ALI
Februari 2000
BEEHOONKU PEDAS SEKALI
sudah ku katakan
aku tidak bisa bikin beehoon
nah, sekarang rasain
beehoonku pedas sekali.
ZIZIE ALI
Februari 2000
aku tidak bisa bikin beehoon
nah, sekarang rasain
beehoonku pedas sekali.
ZIZIE ALI
Februari 2000
SELUAS MANAPUN HUJANMU
seluas manapun Hujanmu
ia tetap dingin
sedingin cintamu.
sesempit manapun laharku
ia tetap hangat
sehangat cintaku.
ZIZIE ALI
Februari 2000
ia tetap dingin
sedingin cintamu.
sesempit manapun laharku
ia tetap hangat
sehangat cintaku.
ZIZIE ALI
Februari 2000
DIALAH LELAKI PALING SABAR
malam tadi
dialah lelaki paling sabar
mendengar celotehmu
tentang shahrukh, caprio, dan entah apa-apa..
malam tadi
dialah lelaki paling hipokrit
pamerkan wajah paling ceria
pesonakanmu
ceritera lewat ceritera
menambat kebosanan
di kaki meja
katamu:
"kami punya
selera yang sama".
ZIZIE ALI
7:07 am
Februari 2000
dialah lelaki paling sabar
mendengar celotehmu
tentang shahrukh, caprio, dan entah apa-apa..
malam tadi
dialah lelaki paling hipokrit
pamerkan wajah paling ceria
pesonakanmu
ceritera lewat ceritera
menambat kebosanan
di kaki meja
katamu:
"kami punya
selera yang sama".
ZIZIE ALI
7:07 am
Februari 2000
WASIAT PERTAMA
andai kata
terlalu lama
karyaku tidak terpapar
hadiahkan untukku: ALFATIHAH
ZIZIE ALI
februari 2000
terlalu lama
karyaku tidak terpapar
hadiahkan untukku: ALFATIHAH
ZIZIE ALI
februari 2000
NANANG, MEREKA BILANG..
nanang,
mereka bilang kepala negara mu tidak hebat
tidak bisa banteras kacau sana kacau sini
tidak macam kepala negara kami
biar seribu reformasi bagai api
bisa kendali tanpa basa basi.
nanang,
aku bilang siapa saja duduk di posisi kepala negaramu
adalah sama saja
selagi militer masih setia kepada kepala lama.
tidak macam kepala negara kami
semua posisi strategik telah dikasi
baik polisi, militer, media, atau juri.
ZIZIE ALI
Februari 2000
mereka bilang kepala negara mu tidak hebat
tidak bisa banteras kacau sana kacau sini
tidak macam kepala negara kami
biar seribu reformasi bagai api
bisa kendali tanpa basa basi.
nanang,
aku bilang siapa saja duduk di posisi kepala negaramu
adalah sama saja
selagi militer masih setia kepada kepala lama.
tidak macam kepala negara kami
semua posisi strategik telah dikasi
baik polisi, militer, media, atau juri.
ZIZIE ALI
Februari 2000
NOR ATIKAH vs FARIDAH SALINA
Nor Atikahmu lebih pemalu
dari faridah hanum
yang berskirt di kota Kaherah,
Nor Atikahmu lebih pintar
dari siti salina
yang memberi nafkah
batin dan zahir
kepada abdul fakar.
ZIZIE ALI
Februari 2000
dari faridah hanum
yang berskirt di kota Kaherah,
Nor Atikahmu lebih pintar
dari siti salina
yang memberi nafkah
batin dan zahir
kepada abdul fakar.
ZIZIE ALI
Februari 2000
PUISI TERAKHIR BUAT HABEEBAH
terima kasihlah,
kerana sudi
minum kopiku.
tahukah kau, beb
kopi ini ku tanam sendiri
benihnya ku pilih dari tujuh ladang
ku semai tujuh purnama
ku sirami air dari tujuh kali
ku tuai dengan tujuh basmalah.
ZIZIE ALI
Februari 2000
kerana sudi
minum kopiku.
tahukah kau, beb
kopi ini ku tanam sendiri
benihnya ku pilih dari tujuh ladang
ku semai tujuh purnama
ku sirami air dari tujuh kali
ku tuai dengan tujuh basmalah.
ZIZIE ALI
Februari 2000
SECANGKIR KOPI PAHIT
maaflah
jika kopi ini terlalu pahit,
namun perjuangan ini, beb
lebih pahit.
ZIZIE ALI
Februari 2000
jika kopi ini terlalu pahit,
namun perjuangan ini, beb
lebih pahit.
ZIZIE ALI
Februari 2000
KIPAS YANG BERPUTAR
kipas yang berputar
mendinginkan jasadku
kehidupan yang berputar
menghangatkan rohku.
ZIZIE ALI
Februari 2000
mendinginkan jasadku
kehidupan yang berputar
menghangatkan rohku.
ZIZIE ALI
Februari 2000
AKU INGIN PULANG
aku ingin pulang
meski belum puas
mendengar deru ombak menghempas pantai
dan melihat kaki bersetokinmu menguis pasir
aku perlu pulang, beb
kerudung labuhmu
belum mampu
mendinginkan
hangat gejolakku.
ZIZIE ALI
Februari 2000
meski belum puas
mendengar deru ombak menghempas pantai
dan melihat kaki bersetokinmu menguis pasir
aku perlu pulang, beb
kerudung labuhmu
belum mampu
mendinginkan
hangat gejolakku.
ZIZIE ALI
Februari 2000
Khamis, 14 Jun 2007
SIMILE 3
wasiat orang yang ditinggalkan
bagai bisikan tangkai
kepada buah
wasiat orang yang meninggalkan
bagai bisikan buah
kepada tangkai.
ZIZIE ALI
Februari 2000
bagai bisikan tangkai
kepada buah
wasiat orang yang meninggalkan
bagai bisikan buah
kepada tangkai.
ZIZIE ALI
Februari 2000
PEMACU KUDA
akukah pemacu kuda itu
dari wadi kontang
rentasi ribut pasir
menapak di rumah itu
dengan capal penuh debu
menghancingi
sejadah yang terhampar,
engkaukah, beb
calon jannah itu
yang pantas menghunus pedang
memenggal leherku.
ZIZIE ALI
Februari 2000
dari wadi kontang
rentasi ribut pasir
menapak di rumah itu
dengan capal penuh debu
menghancingi
sejadah yang terhampar,
engkaukah, beb
calon jannah itu
yang pantas menghunus pedang
memenggal leherku.
ZIZIE ALI
Februari 2000
PUISI PERTAMA BUAT HABEEBAH
aku ke kamar ini
lewat lorong-lorong kelam,
izinkan aku mandi, beb
di kolam hikmahmu
biar luruh hanyir noda,
usah kau simbahi lahar amarah
ke kalbu kerdilku.
ZIZIE ALI
Februari 2000
lewat lorong-lorong kelam,
izinkan aku mandi, beb
di kolam hikmahmu
biar luruh hanyir noda,
usah kau simbahi lahar amarah
ke kalbu kerdilku.
ZIZIE ALI
Februari 2000
Rabu, 13 Jun 2007
BICARA LELAKI
setelah hangat nepotisme dan kronisme
reformasi dan autokrasi
didinginkan oleh tea-o ais dan roti canai
aku lebih banyak diam
hanya sesekali
turut tertawa
bila dada, betis dan pinggul
disenggol-senggol.
ZIZIE ALI
Jan 2000
reformasi dan autokrasi
didinginkan oleh tea-o ais dan roti canai
aku lebih banyak diam
hanya sesekali
turut tertawa
bila dada, betis dan pinggul
disenggol-senggol.
ZIZIE ALI
Jan 2000
BOIKOT! BOIKOT!
Nanang,
muslim indon boikot jihad
kerna jihad perlu korban hayat
sedang kalian
masih cinta
soto, gado-gado dan kretek!
ZIZIE ALI
JAN 2000
muslim indon boikot jihad
kerna jihad perlu korban hayat
sedang kalian
masih cinta
soto, gado-gado dan kretek!
ZIZIE ALI
JAN 2000
Langgan:
Catatan (Atom)