LONGGOK PUISI ZIZIE ALI 1 merupakan longgokan sajak awal karya Zizie Ali. Kebanyakannya pernah tersiar dalam beberapa e-group seperti 'Kelab Maya Sastera Malaysia' dan 'Penyair'. Sebahagian kecilnya pernah tersiar dalam media cetak seperti 'Dewan Sastera' dan lain-lain. Sajak-sajak terkini Zizie Ali boleh dijejaki di LONGGOK PUISI ZIZIE ALI 2.
jika kau ingin memuji
pujilah mamak tua
yang tonggang langkang
lantaran kemabukan todi
saban malam di pinggir longkang,
kerana dia lebih mulia
dari yang kau puji
sebentar tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan