LONGGOK PUISI ZIZIE ALI 1 merupakan longgokan sajak awal karya Zizie Ali. Kebanyakannya pernah tersiar dalam beberapa e-group seperti 'Kelab Maya Sastera Malaysia' dan 'Penyair'. Sebahagian kecilnya pernah tersiar dalam media cetak seperti 'Dewan Sastera' dan lain-lain. Sajak-sajak terkini Zizie Ali boleh dijejaki di LONGGOK PUISI ZIZIE ALI 2.
Jumaat, 27 April 2012
TEORI JERIJI
sebelum tiba ke istana
sang nujum sempat memancung beberapa kepala
buat mengisi uncang yang penuh jengking kala.
tiba di istana
sang nujum segera berdatang sembah
"malam tadi patik bermimpi
selepas menyerah kuasa
kepada paduka muda
tuanku akan dipenjara
dengan seribu tuduhan dusta,
oleh itu pada kiraan patik
baik tuanku menjeriji
sebelum dijeriji."
melangkah meninggalkan istana
menuju ke gua yang penuh emas permata
sang nujum sempat pula
memenggal beberapa kepala.
ZIZIE ALI
16.5.2000
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan