Jumaat, 6 Julai 2012

KELAHIRAN PUTERI


sebelum dia mati
dia melahirkan seorang anak perempuan
dinamai: Puteri.

puteri dilahirkan ketika dia lanjut usia
ada orang kata dia telah nyanyuk
ada pula yang kata dia telah gila
namun yang aku pasti
dia memang telah tua.

aku tidak membencinya
kerana dia tua
atau nyanyuk dan gilanya
tapi ku lihat dia
tidak lagi serupa manusia
yang punya jiwa.

ZIZIE ALI
10.04.01

Tiada ulasan: