Sabtu, 9 Jun 2012

CUKUP HANYA SEKALI


kalau dia bersalah
kerana memberi amanat
yang memecah belah umat
bawalah dia ke mahkamah
dan usunglah segala bukti
tapi janganlah tilam
bersama tompokan mani
kerana sudah cukuplah hanya sekali
rakyat jelata ketawa geli hati
melihat kebodohan pak polisi.

ZIZIE ALI
28.03.01

BILALAH AGAKNYA


bilalah agaknya
azizan akan ditabalkan
sebagai tokoh maal hijrah
kerana telah berjaya
menghijrahkan seorang timbalan menteri perdana
ke dalam penjara.

bilalah agaknya
hafilda akan ditabalkan
sebagai ibu mithali
kerana telah berjaya
mendidik anak-anak kita
tentang lubang
depan dan belakang.

ZIZIE ALI
28.03.01

SIAPA YANG UNTUNG?


semakin utusan mencaci amanat
semakin utusan dibenci
dan semakin amanat itu dikaji.


semakin amanat itu dikaji
semakin ulamak itu disanjung
lalu, siapa yang untung?

ZIZIE ALI
28.03.01

ENAM KOSPIRATOR


pesawat peribadinya entah berapa buah
bisa keluar masuk negaraku
tanpa ada siapa mengganggu
boleh bawa apa saja(ringgit, wanita, etc)
tanpa tiada siapa bertanya.

lahirnya tanpa tengku
namun tengku akan terpahat di nesannya
dan rumah tiga tingkat di pinggir lebuhraya
bakal menjadi piramid
yang akan dilawati
oleh anak cucu kita
yang akan berkata:
'kejamnya engkau, duhai kospirator"

usahlah kita hairan
bila musibah yang menimpa
tidak menginsafkannya
lantaran hidupnya tanpa agama
dan usah juga kita merasa hairan
jika dia ingin menjadi menteri perdana
tanpa bertanding pilihan raya.

hobinya jim rummy
isteri keduanya artis seksi
yang pernah lemas
dalam pelukan barry prima alias tarzan
dan kini konspirator ini diludah setiap hari
di kampung sendiri.

aku hanya ingin mengulang
apa yang dihebohkan orang
bahawa dia akan menerkam
meskipun hanya sebatang tiang
jika disarung seluar dalam.

barua konspirator hanyalah seekor anjing
yang sedia mencakar apa sahaja
sebagai tanda taat setia.

Zizie Ali
28.03.01

POTONG MARKAH


isi tazkirahnya cukup berkesan
dan alun suaranya mampu mengguncang hatiku.
untuk kesemuanya ku berikan lapan puluh markah.

seusai solat isyak
kami sempat bertukar senyum
di garaj masjid
dan sambil menghembus asap rokok
dia membalas salamku
untuk semua itu ku potong empat puluh markah.

malam itu
dia bernasib baik
kerana aku begitu pemurah
memberi markah
sebuah tazkirah.

ZIZIE ALI
26.03.01