Jumaat, 8 Jun 2012

CERITERA MELAYU


menurut ceriteranya
tika manusia cina bersutera pelbagai warna
manusia melayu belum memakai apa-apa.


menurut ceritera juga
tika manusia india berbusana pelbagai gaya
manusia melayu juga bergaya
dengan panau di punggung dan di dada.

mujurlah Islam datang
membawa melayu ke padang luas lapang
lalu mereka pun menumpang
warisan keagungan silam.

demikian menurut cerita
daripada empunya ceritera.

ZIZIE ALI
15.02.01

Tiada ulasan: