Jumaat, 8 Jun 2012

YANG DIA SAYANGI


dia tidak pernah menyayangi
agama yang diwarisi
dari ibu dan bapanya.

dia tidak pernah menyayangi
bangsa yang diwarisi
hanya dari ibunya.
dia tidak pernah menyayangi
parti yang diwarisi
entah dari siapa.

dia tidak pernah peduli
jika agamanya hancur.
dia tidak pernah peduli
jika bangsa ibunya hancur.
dia tidak pernah peduli
jika partinya hancur.

dia hanya menyanyangi
dirinya sendiri.

ZIZIE ALI
27.02.01

Tiada ulasan: