Jumaat, 8 Jun 2012

MENGENANG SEMANGAT EMPAT PULUH ENAM


tika hayatmu
aku tidak pernah menyayangimu
lantaran aku gagal mencari
apakah jati diri
yang kau miliki.
tika itu aku paling tidak peduli
apa saja yang kau bisikkan
kerana bagiku
kau tidak lebih dari sekeping serpihan
dari satu hempasan.
kini setelah kau dipusarakan
ku lihat zuriatmu masih bergelandangan
di sebuah istana usang
merasuk penghuninya saban malam.
fuh..., aku tahu asal usulmu
lahirmu dari sekujur dendam
hidupmu memikul geram
matimu tanpa kemaluan.

ZIZIE ALI
10.2.2001

Tiada ulasan: