Jumaat, 8 Jun 2012

MELESET


konon ceriteranya
bangsa yang amat bodoh itu
rela mati membela bahtera
yang telah anugerahkan mereka sebuah syurga.
dengan keyakinan itulah
nakhoda tua menconteng muka
dan punggung nakhoda muda,
katanya:
bangsa itu akan segera memaafkan

sesudah 40 hari
mereka akan segera melupakan
bagai jasad yang terbungkus di balik kafan
akan segera mereput dan hilang
yang tinggal hanyalah tulang temulang.
namun, aduhai nakhoda tua
teorinya kali ini meleset amat
bangsa itu tidaklah bodoh sangat
mereka tahu juga mana kaca mana permata
mana pejuang agama bangsa
mana lanun beraja di mata.
kini, lihatlah nakhoda tua
dia bagaikan bangkai bernyawa
tiada lagi punya roh dan jiwa
yang ada cuma taring dan kuku
yang sedia mencengkam dan mencakar
sebelum jasadnya dihantar
untuk dibakar.
ZIZIE ALI
24.1.01

Tiada ulasan: