Jumaat, 8 Jun 2012

DUHAI KATAK


duhai katak
ku harap kali ini kau tidak lagi bersumpah
untuk menjilat sebarang lubang
yang busuk lagi membusukkan
kerana seperti sumpahan yang lalu
kau memang tidak mampu.
kali ini aku tidak lagi terpesona
lantaran kau telah hilang tampang wira
yang ada di wajahmu yang manis
hanyalah kedok sang oportunis
yang gagah bertempik
tika orang lain tersepit.
duhai katak
kau tidak bisa lagi melompat
maka berkubanglah kau di situ
bersama kebusukan yang semakin ketara
dulu, kini, dan selamanya
dan laungkanlah: "tak kan busuk hilang di dunia".

ZIZIE ALI
7.2.01

Tiada ulasan: