Jumaat, 6 Julai 2012

PEROMPAK


lama sebelum menjadi ehsan
ku tanya guruku:
bagaimana kalau royalti
tidak lagi diberi?

guruku orang bestari
menjawab penuh yakin:
tidak ada manusia
yang akan mungkiri
perjanjian yang telah termeteri
lantaran ia terlalu jelas
bagai purnama empat belas.

setelah royalti bertukar ehsan
kataku pada guru:
ramalanmu ternyata melulu.
guruku menjawab selamba:
sudah ku katakan
tiada manusia bertindak demikian
kecuali perompak atau jembalang.

ZIZIE ALI
18.04.01

Tiada ulasan: