65 memang
usia cedera
keperluan
tidak lagi seputar diri
dia mula
mengingat buana lain
seputar
anak-anak, kebahagian mereka.
dia
yakin
ahli
keluarganya
banyak
menentukan
kecewa
dan nikmat diri
kesenimanannya.
meski dia
sedar
kepincangan
dan kebobrokan
kekejaman
dan penindasan
dalam
masyarakatnya
dia tidak
mahu menyukarkan
zuriatnya.
lalu dia
katakan
penyelongkaran
dunia luar diri
hanyalah
kulitan
dia ingin
menyelongkar
diri
sendiri.
dan dia
pun berenang
tanpa
gelora ombak samudera.
ZIZIE
ALI
4.4.2000
Tiada ulasan:
Catat Ulasan