Sabtu, 28 April 2012

DAH MAKAN?



sesudah lebih enam puluh peratus
sawo matang menolak kalian
maka aku ingin cadangkan:
tukarkan lambang keris bersilang
dengan mangkok dan copstick bersilang,
dan dalam sidang akan datang
buang sahaja selendang
yang tersangkut di belakang jambul
kerna ia tidak lagi sepadan
dengan sepasang ceongsam,
juga gantikan salam
dengan sapaan: "dah makan?".

ZIZIE ALI
13.8.2000

Tiada ulasan: