Sabtu, 28 April 2012

DUHAI MELAYU



campakkan saja
keris bengkokmu
ke sungai kelang
biarkan ia hanyut
bersama bangkai
bersama hanyir noda
kerana sebilah keris
tetap tidak mampu
memenggal kepala
apalagi meranapkan
sebuah putrajaya.

ZIZIE ALI
25.8.2000

Tiada ulasan: