Jumaat, 27 April 2012

PARA MUFTI DAN PEMBAKAR JAMBATAN



setelah ditanggal
serban dan jubah
para mufti diiring
oleh pembakar jambatan
ke hadapan kota
yang kian reput.

sebelum para pemanah
dari daerah kedamaian
datang menyerang
kota telah runtuh
dan para mufti
habis tertimbus.

pembakar jambatan mencampak ke dalam api
jubah dan serban para mufti.

ZIZIE ALI
24.3.2000

Tiada ulasan: