Jumaat, 27 April 2012

SUARA SEORANG SENIMAN DI USIA CEDERA


65 memang usia cedera
keperluan tidak lagi seputar diri
dia mula mengingat buana lain
seputar anak-anak, kebahagian mereka.

dia yakin
ahli keluarganya
banyak menentukan
kecewa dan nikmat diri
kesenimanannya.

meski dia sedar
kepincangan dan kebobrokan
kekejaman dan penindasan
dalam masyarakatnya
dia tidak mahu menyukarkan
zuriatnya.

lalu dia katakan
penyelongkaran dunia luar diri
hanyalah kulitan
dia ingin menyelongkar
diri sendiri.

dan dia pun berenang
tanpa gelora ombak samudera.

ZIZIE ALI
4.4.2000

Tiada ulasan: