Selasa, 19 Jun 2007

BIARKAN MERPATI TERBANG DI ANGKASA MAYA

biarkan merpati terbang di angkasa maya
melayah lahar gunung
atau sesekali
berjengket di gigi air.

biarkan merpati terbang di angkasa maya
kita antikkan sangkar kekuasaan
meskipun atas nama
maslahah kedamaian.

biarkan merpati terbang di angkasa maya
kerana warga kita telah dewasa
pasti akan ada sayap kejujuran
menabur mutiara kebenaran.

biarkan merpati terbang di angkasa maya
usah kita menjadi pemburu yang sadis
membidik tanpa kemanusiaan.

ZIZIE ALI
20 Februari 2000

Tiada ulasan: