Jumaat, 15 Jun 2007

MEMBASUH JEAN

akhirnya ku basuh jua
jean yang lusuh ini
yang berminggu membalut auratku
menyusuri kaki lima kosmopolitan
atau sesekali
mengutip pahit kehidupan
di lorong-lorong kelam.
lihatlah
hitam pekat air rendaman
adalah longgokan noda
yang bakal ku curahkan
ke longkang.

ZIZIE ALI
Februari 2000

Tiada ulasan: