Selasa, 19 Jun 2007

ELEGI SELIPAR CABUK

ketika aku bergurau
tentang selipar cabukmu
yang dicopot di tangga masjid
yang ku bayangkan
senyum manismu
kerana aku tidak pernah percaya
dengan gurauan beb
bahawa kau tak pernah tersenyum

kini ku yakini
tika itu
redhamu tepulah sudah
selipar cabukmu dan kasut ballyku
hanyalah wasilah
ke arah mardhotillah.

ZIZIE ALI
24.2.2000

Tiada ulasan: