Sabtu, 16 Jun 2007

TUDUNG MASHITAH

tudung mashitah
biasanya berbunga-bunga kecil
cocok sekali dengan rautnya yang comel
mashitah masih diizinkan
muncul di papar tivi
kerana dia belum bicara
tentang hudud dan qisas
tentang jihad dan daulah
mashitah masih bicara
tentang firaun yang bersemadi
di usus piramid
dan bukan yang bersantai
di mahligai.

ZIZIE ALI
Februari 2000

Tiada ulasan: