Jumaat, 15 Jun 2007

DIALAH LELAKI PALING SABAR

malam tadi
dialah lelaki paling sabar
mendengar celotehmu
tentang shahrukh, caprio, dan entah apa-apa..
malam tadi
dialah lelaki paling hipokrit
pamerkan wajah paling ceria
pesonakanmu
ceritera lewat ceritera
menambat kebosanan
di kaki meja
katamu:
"kami punya
selera yang sama".

ZIZIE ALI
7:07 am
Februari 2000

Tiada ulasan: